Lil raoul mase umur 13 months…
p/s: to en.sim: ‘mesti camni kan u bergayut on the phone mase kite bercinta dulu…heheheh’
Lil raoul mase umur 13 months…
p/s: to en.sim: ‘mesti camni kan u bergayut on the phone mase kite bercinta dulu…heheheh’
cuti CNY arituh kitorg membahagikan cuti dengan dimulakan di rumah sendiri dulu..opkos la kan..panggil org indon utk kemas umah..tak larat den nak basuh 2 toilet, plus mengemop satu rumah lg..adehhh..pg sabtu tuh sesi mengemas la kan..ai masak breakfast saja..lil raoul pun same sibuk..pelik kot tgk ade org lain dtg umah n kemas2…dia pun same sibuk mop lantai..

rambut dia dah ala2 rumplestilskin dlm citer shrek 3..hahaha
then, petang tu kemas2 nak ke melaka plak..since my parent pun ade..my sis pun balik..so kitorg pun join skali..plan nak g makan ikan bakar…sampai je terus ke Ikan Bakar Crystal Bay..tp punyela ramai orang..sampai jalan nak masuk pun jem terukk..kebetulan my abang call and dia bgtau ade 1 lg tempat ikan bakar..betul2 sebelah Sekolah Henry Gurney..since tempat tu tak jauh, so kitorg pun heading ke sana..


i cam dah jadi part time bibik dah..lil roaul suka sgt duk dalam sling nie..hadehhh..


sebaya…muka diorg cam nak seiras dah..

my sweetheart…en.sim wif lil raoul…

ni sume tgh tgu makanan sampai..mmg kecoh la tgk gelagat budak kecik..esp lil raoul..siap nak dance lg..shuffling plak..papa dia la yg ajar..adehhh..kitorg stay melaka pun kejap je..ahad malam tuh dah balik dah..ingatkan nak singgah umah wahir coz nak tgk baby tp since dah malam and kitog plak nak jalan jauh, risau plak kot2 la ade ‘bende’ ke mengikut sbb nak tgk baby still dalam pantang kan…hopefully bile wahir n nuar dah balik sini, leh la melawat nnti..lil raoul opkos la seronok..mane taknye, mase balik melaka tuh, sume kasen2 dia pun balik..siap main polis2 lg..yg klaka tuh lil raoul la orang paling last sampai kalo sesi tangkap org jahat..cam tertinggal ketapi plak..hihihihi
on monday plak, kitorg balik umah parent en.sim..sampai pun dah petang sbb siang tuh berehat2 anak beranak..sampai2 je raoul sibuk la men mainan harris…pastu sibuk naik turun tangga..tu jela kejenye..

bz nyeeeee….

ntah ape la anak beranak tu wat..


p/s: mama as usual bz ‘facebook’ing kat ipad en.sim..tu yg kalo snap pic pun malas nak bangun..huuhuh

MEMANG terbukti pemberian vaksin kepada bayi dan kanak-kanak di Malaysia telah banyak mengurangkan kes kecacatan serta meningkatkan perlindungan terhadap penyakit berjangkit dan penyakit bahaya lain.
Apabila Kementerian Kesihatan mewajibkan pengambilan vaksin seperti BCG, Hepatitis B, DPT dan MMR terhadap bayi yang baru lahir, telah berjaya melindungi berjuta rakyat daripada penyakit seperti polio, tetanus, difteria, meningitis dan banyak lagi.
Malah kes seperti kecacatan kaki akibat polio juga amat jarang dilihat kini, semuanya kerana inisiatif yang telah diambil oleh pihak ibu bapa dan kerajaan dalam memberikan yang terbaik untuk kesejahteraan rakyat.
Namun ada sesetengah golongan di peringkat antarabangsa yang giat mempromosikan gerakan anti vaksin.
Dan dengan hebahan yang diadakan menerusi Internet dan sebagainya telah sedikit sebanyak berjaya menghakis segelintir pandangan ibu bapa tentang kebaikan vaksin ini.
Perunding kesihatan kanak-kanak dari Hospital Pakar An-Nur, Dr. Khairul Azman Mohd. Khalid berkata, vaksin secara umumnya memang halal.
“Ada fatwa sudah dikeluarkan dan mengatakan bahawa beberapa jenis vaksin yang dulu diragui halal kini sudah disahkan halal seperti rotavirus.
“Memang vaksin tiada mengandungi unsur babi dan fatwa mengatakan kita boleh mendapatkan vaksin tanpa was-was” jelasnya.
Menurut Dr. Khairul Azman, kurangnya pengetahuan di kalangan ibu bapa menyebabkan mereka meragui kebaikan suntikan vaksin untuk anak-anak.
Malah ada yang mempersoalkan tentang kesan sampingan pengambilan vaksin yang dikatakan mempunyai kesan mudarat untuk jangka masa panjang.
“Memang ada kesan sampingan tapi terlalu sedikit seperti demam atau tempat suntikan membengkak. Melalui kemajuan dalam bidang perubatan, ahli sains telah menghasilkan vaksin dengan kesan sampingan yang sangat minimum,” katanya.
Dr. Khairul juga menangkis tanggapan mengatakan bahawa apabila anak demam selepas disuntik bermakna vaksin memberikan tindak balas positif.
“Itu tidak benar, kemajuan dalam penyelidikan dan penghasilan vaksin telah meminimumkan kesan sampingan pada anak-anak hingga mereka tidak demam atau berasa tidak selesa selepas disuntik vaksin,” ujarnya.
Tegas Dr. Khairul Azman, vaksin sebenarnya meningkatkan sistem imunisasi kanak-kanak, dengan itu mereka akan menjadi lebih aktif dan boleh mengikuti pelajaran dengan lebih berkesan.
Sesetengah vaksin hanya perlu diambil sekali untuk seumur hidup sebagai contoh kanak-kanak yang mengambil vaksin cacar (chicken pox).
“Bayangkan manfaatnya, selepas mengambil vaksin tubuh badan mereka terlindung daripada virus tersebut dan jika alaminya pun tidaklah seteruk tanpa vaksin,” jelasnya.
Tambah Dr. Khairul, tanggapan sesetengah ibu bapa yang mengatakan anak-anak lasak di kampung kurang terkena jangkitan penyakit dan lebih sihat berbanding di bandar adalah kerana faktor keadaan sekeliling.
“Pengudaraan ibu yang menjaga anak sendiri di rumah berbanding dengan di pusat jagaan di bandar adalah amat berbeza.
“Adalah salah jika membandingkan kanak-kanak di luar bandar lebih sihat berbanding di bandar walaupun mereka tidak mengambil vaksin,” katanya.
Tambah Dr. Khairul lagi, kanak-kanak yang tidak mengambil vaksin di waktu kecil tetap boleh mengambilnya apabila remaja atau dewasa.
Cuma ada vaksin seperti rotavirus yang ada peringkat umur dan jika terlepas tidak boleh mendapatkannya kembali.
Bagi sesetengah kanak-kanak yang menghidapi penyakit seperti Down Sindrom amat disarankan pengambilannya.
Begitu juga dengan bayi yang lahir pra matang, bayi berpenyakit jantung, lelah juga sebaiknya memiliki pelalian ini.
“Bila ada imuniti yang diambil menerusi vaksin maka sistem imunisasi kanak-kanak ini akan menjadi lebih kuat.
“Ibu bapa perlulah menambah ilmu. Memang saya tidak nafikan adanya pergerakan yang melarang pengambilan vaksin ini secara besar-besaran, bukan sahaja di luar negara malah di Malaysia juga.
“Ibu bapa perlu tahu bahawa tidak mengambil sebarang pelalian menyebabkan anak-anak berpotensi untuk mendapat penyakit yang mencacatkan mereka.
“Memang vaksin yang kerajaan sarankan sudah cukup namun bagi ibu bapa yang menghantar anak mereka ke pusat jagaan kanak-kanak di bandar perlu mengambil inisiatif untuk mendapatkan pelalian tambahan kepada anak-anak.
” Dengan pencegahan ini kita bukan sahaja mendapatkan ketenangan fikiran malah dapat menyelamatkan anak-anak daripada penyakit berjangkit yang boleh mengancam nyawa. Perlu juga ingat, kos rawatan lebih mahal daripada imunisasi yang diambil,” ujarnya.
p/s: Dr. Khairul Azman Mohd. Khalid adalah Paed lil Raoul..memang kitorg kalo nak g ambik cucuk or lil raoul tak sehat ke ape, mmg call clinic dulu and make sure doc ni ade..coz doc ni frenly n akan jawap soklan korg eventho soklan korg cam ‘tu pun nak tanye ke?..’ heee

saya pun bz skaliiiii….

papa pun jd bodyguard saya…

ok papa say NO…
dan akhir skali…sesi berdiri senget di depan bunga2 dan pokok limau…

hensem kannnn…hikhik
ye tau dah backdated tp sgt la malas nak transfer gambo…
nway, on 11th Jan which is Wednesday, kalo dulu mase zaman blaja, sibuk g tgk mvie sbb hari rabu hari tiket murah (tak tau skrg ade lg ke tak..) tp kami sekeluarga sibuk nak g ke kenny rogers (macam la tak leh nak makan hari lain..) tp dah ade promo murah kan..watpe nak bazir kuar duit lebih jika kita leh dapat dgn harga murah…kannnnn…lunch tu kak Yati dah g dulu n review dia mmg ok la..mula2 tuh i cam malas gak sbb malas coz orang for sure ramai kan..tp kak yati kate mmg ramai tp serbis diorg cepat..tak lame pun tgu..so kire ok la..
orang yang bersemangat skali harusla en.sim kan..sedangkan dia bukan big fan kenny rogers pun..hanya leh makan kat situ bile i dah tahap craving dah..nway pagi tuh as usual, en.sim akan hanta i pi opis..tetibe je en.sim ckp ‘ala nape tak pakai merah?..’ i pun blur la kan..mendenye merah..pastu pas en.sim ckp pasal kenny rogers tuh baru teringat..dan dengan semangatnye en.sim kate nnti dia balik umah, dia tukar baju ptg nnti mase ambik i..boley??semangat kan..eheheh
then petang tuh en.sim pun fetch la kami (me and lil raoul..) dan menuju ke midv..i dah membayangkan akan ramai org..orang yg suggest ke midv la yg kene beratur..and i plak harusla beriadah melayan raoul..


sementara itu, en.sim bz berator…

ok dah dapat seat..makannnnn timeeee…


ohhh deliciousssss….



dialog lil raoul: “papa, kalo raoul makan ni leh tak??…” (muka simpati tuh..adehhhh..)hhhihi
Hapdet from entry before…tgk jela video nie haaa…mentang2 harga emas tinggi, melulu la org gali…
adeh sian la kat anak2 korg tuh..esp yg budak kecik2 tuh..haiyooo…
senang betol orang nak kene tipu ye..iskh2..
p/s: wat bisnes jual air kat kawasan kejadian pun ok gak..konpem laku..hehehe..btw, slamat bernikah to Ally Iskandar..

ORANG ramai terus sibuk mencari logam berharga yang disangka emas di Kampung Melayu Majidee, Johor Bahru semalam.-Kosmo
Errrr…kalo korang tau kat area umah korg ade emas, konpem terus ambik EL and menonong balik umah nak g gali emas tu kan…seee…ramai jer yg akan wat camtu…cam gambo kat atas ni..siap bawak anak kecik tuh bagi sama2 membantu cari emas..
JOHOR BAHRU – Jabatan Mineral dan Geosains negeri mengesahkan logam yang disangka emas di Jalan Mewah, Kampung Melayu Majidee di sini sebenarnya sejenis mineral tidak berharga yang dikenali sebagai pyrite.
Walaupun ia mempunyai kilauan keemasan, warna pyrite atau juga dikenali sebagai ‘emas tipu’ akan bertukar hitam jika dileburkan atau selepas menjalani ujian asid.
Pengarahnya, Shahar Effendi Abdullah Azizi berkata, pihaknya telah meninjau lokasi penemuan logam tersebut pagi semalam dan membuat kajian terhadap sampel yang diambil dari situ.
“Perbezaan paling ketara antara pyrite dan emas ialah emas mempunyai kilauan lebih ketara.
sumber from Kosmo
yang diorg ni pun, pas ambik sample n dah test, g la wat announcement kat tempat kejadian so that takdela bebudak kecik pun jd mangsa membantu ibu bapa mereka jd kaya dgn cara sebegitu..adehhh